Followers

Powered by Blogger.
Monday, May 21, 2012

Beza SSD dan HDD

Hyep... Lamo aku menghilang... Nge.. Buzy la kate kan... Buzy ler sangat... Hehehe... Okay la... Kite tros dengan pembelajaran baru kita kali ini...
SSD. Korang biase dengar tak perkataan ni? Kalo HDD mesti biasa kan. HDD stand for Hard Disk Drive. SSD pula untuk Solid State Drive...  Pe menatang ni eh?
Okay lah.. SSD ni sebenarnya sama macam HDD... Bezanya cuma HDD guna disk (macam namanye...) manakala SSD ni macam pendrive.. So, korang boleh la bayangkan speed dorang camne... HDD, korang bayangkan korang bukak CD/DVD, SSD pula, macam korang nak read fail dalam pendrive.. So, mana lagi laju? Korang boleh try sendiri.
Okay la, secara simplenye, SSD ni lebih laju untuk read and write. Dia tak guna mekanikal part. Just penggunaan cip sahaja sebagai medium menyimpan data. Eh, malas la aku nk terang panjang-panjang.. Korang bace le ringkasa aku kat bawah ni...

SSD
1. Tiada bahagian mekanikal, penggunaan mikrocip tidak menghasilkan bunyi.
2. Kelajuan read write lebih pantas (200-250mb/s).
3. Tahan gegaran, tidak risau mekanikal rosak dan menyebabkan kehilangan data yang banyak.
4. Kedap udara, tidak membenarkan udara masuk.
5. Kecil dan ringan.
6. Penggunaan tenaga yang kurang. (Lebih kurang 2 Watt)
7. Tidak perlu defrag sebab tiada read/write head untuk mencari data.
8. Data tidak boleh tindih, (overwrite), data kena dipadam dahulu
9. Terus boleh read/write selepas switch on, boot windows laju.
10. Harga yang saaaaaaaangat mahal.

HDD
1. Menggunakan bahagian mekanikal,(disk)menghasilkan bunyi.
2. Kelajuan read write perlahan (50-70mb/s) bergantung kepada defragmentation.
3. Tidak tahan gegaran, boleh menyebabkan kehilangan data yang banyak.
4. Tidak kedap udara, perlukan pengudaraan untuk menyejukkan disk.
5. Besar dan lebih berat berbanding SSD.
6. Penggunaan tenaga yang banyak. (Lebih kurang 7 Watt)
7. Defrag perlu bagi mengekalkan kelajuan read and write.
8. Data boleh terus di tindih. (Overwrite)
9. Perlukan masa sehingga 2 saat untuk HDD mula read/write.
10. Harga yang boleh dibeli oleh semua orang.



0 comments: